Boleh kongsi duka dengan ana?
Syeikh Redha Salim
Kawan-kawan, pagi ni Syeikh ana kembali ke RahmatuLLAH. Syeikh yang mentasmik bacaan al-quran. Syeikh yang buta penglihatan tetapi celik mata hati.
Kawan-kawan, syeikh tinggalkan ana tatkala ana belum puas menimba ilmu dari beliau. Syeikh tinggalkan ana tatkala ana baru baca setengah Quran untuk qiraat makki. Niat ana nak khatamkan lepas pulang cuti semestinya sudah tiada lagi.
Kawan-kawan,
ana sedih. Sangat-sangat sedih. Mutiara permata hilang dari sisi ana tatkala ana belum puas menikmati keindahannya.
Kawan-kawan,
benarlah... Allah tarik ilmu dari kita adalah dengan cara 'mengambil' ulamaa. Allah ambil bila-bila yang DIA inginkan.
DIA ambil walaupun kita belum bersedia untuk ditinggalkan.
Nangislah airmata darah sekalipun...yang pergi takkan kembali.
Kawan-kawan,
moga pemergian syeikh yang sangat-sangat ana sayangi juga hormati, menjadi i'tibar untuk kita semua.
Hariisun ala tolabil ilm, kawan-kawan!
Jangan lengah.. di mana ada ulamaa, kita perlu ada. Seperti seorang pengemis, kita mengemis ilmu mereka.
Untuk ikhwah..
bangkitlah! hentikan 'permainan' antum. Antum Imam kami. Antum Rijaalul ummah.
Tunjukkan kehebatan antum untuk memimpin kami, hilangkan resah dan bimbang kami setiap hari memikirkan...siapakah yang akan memimpin kami dan ummat?
Bukan ana larang antum dari berehat-rehat.
Sedangkan rehat tholibul ilm itu juga ibadah.
Tapi... ana yang doif hanya ingin mengingatkan. Rehat berlebihan adalah racun untuk ummat kita. Ana bangga dengan ikhwah ana. dan pasti, akhawat lain juga bangga dengan antum. Jayyid jidaan, mumtaz... telah antum berjaya miliki.
Tapi.. natijah imtihan bukan segala-galanya. Ilmu bukan hanya pada kepingan kertas. Tapi ilmu adalah amalan. Kita yang jahil dulu, dan kita yang berilmu hari ni, samakah...?? Jika ya, maknanya kita hanya berilmu dari segi FAKTA sahaja. Hakikat ilmu...belum kita kecapi.
Untuk akhawat ana..
kita juga perlu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama ikhwah. Kita harus menyokong ikhwah dalam 'jihad' ini. Kita juga perlu harees dalam mencari ilmu, dan tentu kita juga perlu jadi pengemis ilmu!
akhawat ana.. kita mohon supaya diri kita bukanlah penghambat kepada rijaalul ummah. Kita mohon supaya diri kita bukanlah pelemah semangat ikhwah kita.
kawan-kawan,
ana mohon maaf dan silap atas keterlanjuran kata. Cuma ana sedih sekarang dan berasa sangat takut.
Pada siapa ingin ana luahkan rasa hati kalau bukan dengan orang-orang yang dekat di hati.
afwan k kalau ana salah.
Doakan ana kuat, sebab....ana sedang lemah. ;')
dari kwn antum yg doif,
Nur' Adilah.

Singapore Time
Kuala Lumpur Time
Amman Time
Damascus Time
Cairo Time
Al Madinah Time
No comments:
Post a Comment