BismillahiRahmaaniRaheem.
Below is the entry I wrote for Dmasyq. Thought of sharing it here with all of you.
Pasti ramai sudah tahu sejarah di sebalik pengiraan kalender Islam bukan? Pada zaman pemerintahannya, Khalifah Umar Alkhattab telah mengambil keputusan untuk mencatit dan membuat pengiraan tahun bermula selepas penghijrahan Nabi.
Selalunya ramai yang akan memasang cita-cita untuk membuat azam baru pada tahun baru masihi. Apa kata, kita membuat sedikit kelainan tahun ini dengan memasang azam baru pada tahun baru hijrah?
Azam baru kita itu pula biarlah disandarkan kepada cerita disebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Nabi Muhammad SAW telah membuat pengorbanan terbesar untuk umatnya apabila Baginda berhijrah ke Madinah atas suruhan Allah SWT. Rasulullah SAW telah meninggalkan keluarga, kota tercintanya demi menyebarkan kalimah tauhid. Adakah anda sambut membuat pengorbanan yang sama?? Shollu ‘alal habeeb!!
Begitu juga dengan Sayyidina Ali RA. Beliau sanggup menggadai nyawa dengan mengambil tempat pembaringan Nabi Muhammad SAW pada malam penghijrahan Baginda SAW walaupun rumahnya dikepung pemuda-pemuda suku arab yang ingin membunuh Rasulullah.
Sayyidina Ja’far bin Abu Thalib juga sewaktu penghijrahannya ke habsyah telah membuat pengorbanan. Pernahkan anda terfikir, mengapa sayyidina Ja’far sanngup berhijrah ke habsyah walaupun bapanya, Abu Thalib yang ketika itu merupakan seorang yang terpengaruh dari suku bangsa quraisy, boleh melindunginya sewaktu bangsa Arab majoritinya membenci umat Islam?
Sanggupkah anda membuat azam baru dengan membuat pengorbanan dalam hidup anda? Seperti Rasulullah SAW? Sanggupkah anda membuat azam baru dengan berusaha sebanyak mungkin dan meletakkan keyaqinan 100% dan tawakal kepada Allah swt? Seperti Sayyidina Ali Ra? Sanggupkah anda membuat azam baru untuk meninggalkan kebendaan dunia (nama dan pangkat etc) demi menurut perintah Allah dan RasulNya? Seperti Sayyidina Ja’far?
Bagaimana?? Da bersedia?? Jom buat azam baru!! Insyaallah dengan adanya istiqomah yang kuat dan semangat. amiin.
May each and everyone of us is under Allah's guidance always~
Jaga diri jaga iman, jaga amal.
Ahli Syam,
Netland, Sahah Shamdeen
Kaki Bukit Jabal Qawsiyun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Singapore Time
Kuala Lumpur Time
Amman Time
Damascus Time
Cairo Time
Al Madinah Time
Bismillahir rahmanir rahim
ReplyDeleteAllahumma solli alaa sayyidina wa habibina wa qurratu ainina Syyidina Muhammad SollaLLAHU alaihi wa Sallam.
Semoga kita tergolong diantara umatnya yang dapat berdamping bersamanya di Janntun Naeem nnt InsyaAllah
Bismillahi MasyaAllah..syukran ukhti atas tazkeerahnya. Walaupun singkat tapi penuuuuh makna :)
Sejarah Rasul yang kita tahu dan menghafal faktanya sewaktu di bangku sekolah lagi.
Tanpa sedar, kita juga sedang melakukan 'hijrah' yang sama. Meninggalkan keluarga..kesenangan hidup untuk ILMU...untuk Islam.
Meninggalkan ibu ayah kakak abang adik datuk nenek dan moyang bg yg masih ada..
Meninggalkan kehidupan senang senang kita di sg. Utk ke bumi anbiya' madinah Syam dan Misra ke seberang tambak juga Malaysia (wlwpun dekat, ttp hijrah juga :)
Bagi yg di sg, hijrah antum dr yg baik kpd yg lbh baik :)
Saja nak mengingatkan diri alfaqeerah wal haqeerah secara khususnya dan kpd kwn kwn secara amnya tentang HADAf hijrah kita.
Check dan check dan check sebab kita berhijrah.
Hijrah ilaALLAHI wa rasulihi atau Hijrah Limraatin yankihuha atau rajulin tunkihuhu~ huhu
*insyaAllah hijrah yang pertama ;)*
Jika hijrah kita pada Allah dan Rasul, InsyaAllah futur yang selalu datang mengunjung akan lari..lari dr kamus hidup kita =)
InsyaAllah kawan kawan
pemegang amanah ilmu akan sentiasa di bawah rahmat Allah dan di bawah sayap malaikat di mana pun ia berada.
klah, imtihan alal baab~ tugasan seorang 'muhajir' masih bnyk yg perlu diselesaikan -_-'
Bittaufeeq wa sadad fil imtihan.. fa izaa azamta faTAWAKKAL alaLLAH. =)
Fi amanillah..
Happy krn kita msh semua berhubung wlw jasad jauh terpisah =)
Moga berjumpa lagi..selagi 'syahid' belum datang menjemput. :-D
Ukhtukum fillah,
Halawatul Iman
Rabiah al-Adawiyah, Cairo, Egypt.