Sumber: Qaradhawi.net (18.3.2007)
Syeikh Al-‘Allaamah Dr Yusuf Qaradhawi, Ketua Persatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa, pernah menerima soalan yang berbunyi:
Saya menerima panggilan dari seorang teman yang memberitahu saya suatu perkhabaran yang membuat saya rasa sedih dan runsing. Pada masa itu ahli keluarga dan anak-anak saya terlihat raut wajah saya yang penuh kerisauan. Lalu saya pun menceritakan perkhabaran yang merunsingkan itu. Tidak lama kemudian, teman yang sama itu menelefon sekali lagi dan memberitahu saya bahawa berita itu tidak berdasar. Ternyata ia hanyalah suatu rekaan semata, dan hanyalah suatu pembohongan..atau April Fool. Saya berkata kepadanya: ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam, tapi dia berkata: Aku hanya bergurau dan bercanda sepertimana kebiasaan orang-orang lain apabila tiba hari tersebut.
Apakah pandangan anda tentang hal ini, yang mana orang Muslim mengikuti tradisi semacam itu? Berita yang memainkan perasaan orang, yang ternyata ianya tidak benar dengan tujuan untuk bercanda? Adakah tindakan tersebut dibolehkan menurut Islam?
Sebagai jawapan, Dr Yusuf Qaradawi berkata:
“Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, dan Selawat dan Salam keatas Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam.
Membuat pembohongan adalah suatu yang buruk, dan merupakan suatu dosa yang besar yang membuatkan iman seorang itu lemah. Ia dianggap sebagai salah satu tanda-tanda kemunafikan.
Islam tidak membolehkan berbohong kecuali dalam keadaan tertentu yang telah disebutkan dalam fatwa yang lain, dan diantaranya adalah bukanlah berbohong untuk tujuan bergurau atau bercanda.
Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah memberi amaran tentang berbohong untuk mempersendakan seorang: “Celakalah orang yang berbicara untuk membuat orang lain tertawa dengan berdusta, celakalah dia, celakalah dia ..” (Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i, dan telah dihasankan oleh at-Tirmidzi)
Dalam hadith yang lain: “Tidaklah seseorang itu dipercayai (kata-katanya) sehinggalah dia meninggalkan (sifat) bohong dalam gurauannya, dan perdebatannya, walaupun pada saat dia berkata benar.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabaraani.) Juga dari Hadith Muslim dalam bab Harus berhati-hati dari mempersendakan saudaranya yang lain dan mengganggunya, sama ada serius atau bercanda.
Abu Dawud meriwayatkan dan sanadnya dari Abu Abdir-Rahman bin Layla berkata: "Para sahabat Muhammad Ridhuaanullahi ‘alaihim pernah menceritakan kepada kami, suatu ketika mereka berjalan dengan Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, maka seorang dari mereka telah mengikat tali yang dibawanya pada seorang yang lain (bergurau), maka tersentak ketakutan orang itu. Kemudian Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam berkata: "Tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk menakut-nakutkan Muslim yang lain (walaupun bergurau)."
Dan Dari Nu’man bin Basheer Radhiallaahu ‘Anhuma telah berkata: Kami telah bersama-sama Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam dalam safar, maka seorang dari kami rasa mengantuk. Lalu seorang dari kami yang lain mengambil anak panah dari sarungnya dan membangunkan lelaki (pertama tadi dengan menggunakan anak panah itu). Lalu Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam bersabda: “Tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk menakut-nakutkan Muslim yang lain.” (Diriwayatkan oleh at-Tabarani dalam kitabnya ‘al-Kabeer’ dan para perawinya adalah thiqah)
Dari Abdullah bin as-Sa’ib bin Yazid, dari bapanya, dari datuknya bahawasanya beliau mendengar Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam bersabda: “Janganlah seorang dari kamu mengambil barang hak milik saudaranya dengan cara bermain atau serius.”
(Riwayat at-Tirmidzi dan ianya hadith hasan ghorib).
Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam menganggap bahawa salah satu pengkhianatan terbesar bagi seseorang adalah apabila anda berbohong kepada seorang yang lain yang telah mempercayai anda, dengan pendengaran telinga dan hatinya, dan anda berbohong padanya. Baginda bersabda: “Adalah dikira suatu pengkhianatan besar apabila kamu berkata suatu pada saudara kamu sehingga dia mempercayai kamu sedangkan kamu berdusta padanya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani dari Nawas bin Sam’an dengan sanad yang baik, seperti yang dikatan oleh Al-Hafiz Al-‘Iraqi, dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam bab “Adab pada seseorang”, dan juga oleh Abu Dawud dari Sufyan bin Asid, dan dilemahkan oleh Ibn ‘Udai.)
Jadi jelas bagi kita bahawa berbohong dengan cara yang dinyatakan, lebih khusus lagi dalam APRIL FOOL adalah HARAM dari sudut berikut:
Pertama: Sikap berbohong itu sendiri adalah haram, seperti yang dilarang dalam al-Quran dan Sunnah.
Kedua: Bohong yang mengandungi maksud untuk mempersendakan seseorang dan juga orang yang berada bersamanya sehingga menyebabkan ketakutan dan kerisauan yang mana ianya tidak berfaedah dan bermanfaat.
Ketiga: Dikira berkhianat apabila seorang mempercayai kamu sedangkan kamu berbohong padanya.
Empat: Berleluasa adat yang karut, yang merupakan ikutan yang batil yang tidak pernah timbul dalam masyarakat Islam (sebelum ini). Ia merupakan perumpamaan dari golongan yang bukan Islam yang mana ianya menonjolkan kehinaan mereka, dan kekarutan perilaku mereka.
Mereka (orang yang bukan Islam yang memulakan adat itu) telah memasukkan penipuan pada suatu masa, sehingga menyebakan ianya tersebar pada masyarakat keseluruhannya.
Secara kesimpulannya, berbohong adalah dilarang dalam setiap perilaku kita seharian, dan ianya lebih-lebih lagi diharamkan sempena APRIL FOOL mengikut apa yang telah kami nyatakan. Dan tidaklah cocok bagi seorang muslim untuk membantu dalam mempromosikan PALSU ini, moga Allah memberkati.
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

Singapore Time
Kuala Lumpur Time
Amman Time
Damascus Time
Cairo Time
Al Madinah Time