Aku teringat sepotong ayat yang menyatakan betapa perlunya seseorang itu kepada doa. Doa dirinya sendiri dan doa orang lain untuknya. Doa adalah senjata kejayaan orang Mukmin. Tetapi siapa yang akan doakan untukku setiap hari?
Lalu aku teringat ajaran memberi salam. Nabi kita SAW menggalakkan umatnya sentiasa memberi salam kerana salam adalah doa seorang kepada seorang yang lain. Apabila diucapkan "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh", bereti, "Selamat sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan keberkatan-Nya".
Bukankah itu merupakan doa?
Semenjak itu aku selalu memberi salam kepada sesiapa sahaja yang aku jumpai dan tidak kira di mana jua.
* Aku usaha belajar bersungguh-sungguh
* Aku kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang sebelum tiba hari peperiksaan.
* Setiap kali aku berhasil memahami sesuatu aku akan bersyukur kepada Allah dengan mengatakan: "Ya Allah, aku berterima kasih kepada-Mu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahamanku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat."
* Setiap kali aku solat atau berada di tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa aku akan berdoa meminta kejayaan yang cemerlang.
Demikianlah rahsia kejayaanku dalam pelajaran......
(Tukilan dari novel Travelog Seorang Da'i, Abdul Rahman Mohamed.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Singapore Time
Kuala Lumpur Time
Amman Time
Damascus Time
Cairo Time
Al Madinah Time
No comments:
Post a Comment